Rumah Anak Anak Yatim dan Asnaf As - Solihin, Kanchong Darat, Banting.
Rumah ini terletak di Lot 839, Jalan Aman, Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat. Dikelolai oleh Encik Molyana (Abi) bersama keluarganya.
Namanya Haiqal, umur 7 tahun. Seorang yang hyperactive dan dipanggil OKU (Orang Kuat Usaha) oleh anak anak yang lain kerana dia bersekolah pendidikan khas. Buasnya si Haiqal, masyallah. Hanya Abi sahaja mampu mengawal dia dengan rotan, tetapi yang peliknya dia sangat selesa dengan Aiman dan Aiman senang sahaja mengawalnya.
Aiman Agoes yang berasal dari Sabah. Bukan penghuni rumah ini.
Sesi mengemas rumah dan kawasan sekitar. Saya dan Aiman ditugaskan mengawal keadaan di dalam bilik air. Pada mulanya terkawal dan masing masing seronok bermain air dan sabun tetapi bila datangnya Haiqal, aduhai. Yang bagusnya si Haiqal ini, walaupun dia buas tetapi dia rajin. Apabila dia faham arahan, dia akan buat bersungguh sehingga selesai.
Dan saya perkenalkan, buah hati saya di sana: DANIEL! Darjah satu tetapi kecil sahaja saiznya. Mempertimbangkan untuk dijadikan anak angkat :3
Kami juga membantu menyiapkan kerja sekolah. Nampak anak anak ini berminat untuk belajar cuma tidak ada sesiapa yang ada masa untuk menolong anak anak ini dengan kerja sekolah masing masing. Saya tercengang bila ada yang minta untuk tolong dengan kerja sekolah bahasa Arab, tapi untuk tidak menghampakan harapan saya tolong sedaya upaya. Nasib baik bahasa Arab darjah satu! Ingat lagilah saki baki bahasa Arab yang mudah.
Berbuka puasa dengan juadah yang disediakan dan juadah hasil belian di bazar Ramadhan. Paling menarik di rumah anak anak ini ialah hidangan makanan. Makan dalam talam, I tell you!
Lagu dendangan malam perpisahan daripada anak anak - Rasulullah, Semangat Perjuangan, Anak Soleh dan Qasidah. Daripada kami - Suasana Hari Raya dan Kau Ilhamku.
No comments:
Post a Comment