Every single person has at least one secret that would break your heart. If we could just remember this, I think there would be a lot more compassion and tolerance in the world - (FRANK Warren)
"Malu berkongsi masa lalu?” Ya.
Kerana dosa adalah keaiban yang seharusnya membuat kita sedar akan kelemahan dan kekurangan. Membuat kita merasa malu dan kerdil dihadapan Tuhan. Membuat kita merasa syukur dan aman atas keampunan. Bukan untuk membuat kita malu dan hina dipandangan manusia. Mungkin kerana itulah dosa dan keaiban itu lebih baik untuk disimpan, menjadi rahsia bersama Tuhan .
Dan terkadang, tanpa kita mohon pun,
DIA menutup keaiban kita.
Sehingga manusia melihat kebaikan demi kebaikan kita,
pujian dan pandangan yang membuat kita malu sendiri.
Maka bagaimana masih sanggup kita berprasangka,
bahawa DIA tidak menyayangi dan peduli ?
Rahmat dan Kasih Sayang-NYA itu terkadang tidak tersembunyi,
cuma kita yang tidak menyedari.